Pening Memikirkan Cara Nak Jimat Minyak?

Anda pening memikirakan cara nak jimat minyak? Cubalah FS Fuel Saver kami.....pasti anda tak pening kepala lagi.....

Tuesday, February 18, 2014

5 Modifikasi Enjin Untuk Meningkatkan Prestasi


Bagi sesetengah peminat kereta, kereta keluaran kilang tidak akan menepati citarasa peminat hardcore kereta, tidak kira hebat macam mana sekalipun. Sesetengah pemandu suka mengubah suai enjin kereta mereka, sama ada dengan menambah lebih banyak kuasa atau meningkatkan kecekapan bahan api. Tetapi apa yang anda boleh lakukan apabila anda mahu merasa lebih kuasa dari enjin anda?
Biasanya, enjin mengendalikan pengambilan udara dengan Omboh A bergerak ke bawah, mewujudkan vakum, membenarkan udara pada tekanan atmosfera ditarik ke dalam kebuk pembakaran. Apabila digabungkan dengan bahan api, ia membentuk satu unit tenaga, yang bertukar menjadi tenaga kinetik (atau kuasa kuda) melalui pembakaran, dengan bantuan pencucuhan dari satu palam pencucuh.
Untuk meningkatkan prestasi kereta – dalam erti kata lain, untuk membuat ia pergi lebih laju, memerlukan sama ada pembakaran yang lebih kuat, atau sekurang-kurangnya pembakaran yang lebih cekap. Mengubah suai enjin kereta anda untuk menerima lebih banyak udara dan bahan api adalah kunci kepada soalan utama di atas. Berikut adalah lima cara yang anda boleh cuba untuk mengubah suai kereta anda:

1. Pemasangan Supercharger - akan mengubah tekanan pengambilan udara di atas paras atmosfera biasa supaya lebih banyak udara boleh masuk ke dalam enjin, sekali gus menggabungkan lebih banyak bahan api untuk menghasilkan lebih banyak kuasa. Berbekalkan kuasa mekanikal melalui tali pinggang atau rantai dari crankshaft, supercharger berputar sekurang-kurangnya 50,000 RPM (lebih cepat daripada enjin itu sendiri) untuk memaksa udara ke dalam kebuk pembakaran. Ini akan menyediakan ruang untuk lebih besar untuk bahan api, untuk mewujudkan pembakaran yang lebih besar.
Berapa banyak lebih banyak tenaga dihasilkan? Hampir 50% kuasa kuda tambahan, jika segala-galanya dipasang dengan betul.


2. Penapis udara - aftermarket membolehkan lebih banyak aliran udara ke dalam enjin, untuk memantapkan lagi penggabungan bahan api dan udara, di samping menyekat bahan cemar dan kekotoran yang perlahan-lahan akan menjejaskan prestasi enjin dari masa ke masa. Penapis udara sekunder biasanya terdiri daripada satu lapisan nipis kapas atau bahan lain yang ditempatkan di antara beberapa lapisan jaring nipis. Pada kebiasaanya, penapis udara yang didatangkan dari kilang hanya diperbuat daripada bahan seakan-akan kertas.Disebabkan ianya diperbuat daripada kain, ia boleh dibasuh. Jimat dan sangat berguna untuk meningkatkan prestasi enjin.

3. Cold Air-intake – walaupun ia mungkin kelihatan seperti satu perkara yang kecil, suhu udara juga boleh menjejaskan kecekapan kereta anda. Sebuah kit Cold Air-intake merupakan sebuah sistem aftermarket yang akan menghantar udara sejuk ke dalam enjin pembakaran dalaman. Pada kebiasaanya, sistem kawalan suhu sebuah kereta akan mengawal suhu udara yang masuk ke enjin, menyediakan udara panas apabila enjin sejuk, dan udara sejuk apabila enjin panas. Bagaimana pun, kit Cold Air-intake ini boleh meningkatkan prestasi dan kecekapan enjin, berdasarkan idea bahawa udara sejuk lebih tumpat daripada udara panas, yang bermaksud bahawa ia mengandungi lebih oksigen yang diperlukan untuk pembakaran yang lebih dinamik dalam enjin.
4. Pemasangan cip – jika anda memandu kereta keluaran terkini, berkemungkinan besar bahawa terdapat cip kecil dalam kereta anda yang mengawal selia fungsi-fungsi seperti masa, brek anti-kunci dan nisbah campuran bahan api-udara. Cip prestasi (atau superchips) adalah godaman (hacks) yang dipasang untuk mengatasi tetapan kilang (factory default), dan yang paling menariknya ia boleh meningkatkan kuasa enjin dan kuasa kuda sesebuah kereta. Satu cip prestasi akan menetapkan parameter baru untuk fungsi-fungsi yang anda pilih, seperti memberitahu enjin kereta anda untuk menggunakan gas dengan lebih cekap, atau pengambilan udara yang lebih bagi menghasilkan pembakaran yang lebih besar. Pemasangan adalah mudah dan boleh dibuat sendiri (DIY). Jika anda sudah biasa dengan elektronik kereta anda, hanya gantikan cip kilang dengan cip yang baru, seperti memasang cip dalam komputer desktop.

5. Reduksi berat - seperti yang kita semua maklum, benda ringan semestinya lebih pantas bergerak daripada benda yang lebih berat. Ini asas fizik. Reduksi berat ini diaplikasikan ke seluruh kereta, bukan sahaja di dalam blok enjin, di mana komponen yang berat digantikan dengan komponen yang lebih ringan supaya berat dapat dikurangkan, sekaligus membuatkan kereta lebih aerodinamik. Terdapat banyak pilihan di sini, antaranya ialah: menanggalkan kerusi tambahan yang tidak diguna; menggantikan tingkap kaca dengan plastik ringan atau versi akrilik; atau membuang bahagian sedikit bahagian panel instrumen. Brek cakera juga menawarkan perbezaan berat yang ketara jika dibandingkan dengan brek dram tradisional.
Bagaimana? Diharap nukilan ini sedikit sebanyak memberi anda gambaran apa yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan prestasi enjin/kereta anda dengan mudah. Apa pendapat anda?
credit:http://www.arenakereta.com/

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More