Pening Memikirkan Cara Nak Jimat Minyak?

Anda pening memikirakan cara nak jimat minyak? Cubalah FS Fuel Saver kami.....pasti anda tak pening kepala lagi.....

Tuesday, February 4, 2014

Panduan Membeli Kereta – Kira Jumlah Kos Pemilikan Anda!

Ijazah Sarjana Muda? Sudah grad! Kerja pertama? Ada! Biasanya, perkara seterusnya yang bermain di fikiran ialah….. tentunya memiliki kereta sendiri! Tapi persoalannya, mampukah anda?
Kami di JimatCermat.my sokong impian anda untuk membeli kereta, tapi sebenarnya ada banyak lagi kos tambahan (selain daripada harga deposit kereta) yang anda perlu pertimbangkan. Jadi apa lagi? Sediakan kalkulator dan buku nota kerana kami akan menunjukkan kesemua kos-kos tambahan ini!
Harap-harap panduan membeli kereta ini dapat mengelakkan anda daripada mengalami stres kewangan di masa hadapan!

Panduan Membeli Kereta : Kos-Kos untuk Memiliki Sebuah Kereta

Teringin nak beli model kereta Perodua Myvi yang baru? Jangan kumpul duit untuk deposit saja! Ambil kira faktor-faktor di bawah ini juga :
  • Pembiayaan Kenderaan
  • Cukai Jalan
  • Insurans Kenderaan
  • Kos Petrol
  • Kos Penyelenggaraan / Maintenance
  • Nilai Jualan Semula & Kos susut nilai

Pembiayaan Kenderaan (Car Loan)

Faktor utama apabila memilih sesebuah kereta semestinya duit dan keadaan kewangan, betul? Melainkan anda mampu untuk membayar harga kereta secara tunai, kebanyakan orang akan mengambil pinjaman untuk membiayai kereta pilihan mereka.
Adakah ini pembelian kereta pertama anda? Perkara pertaman anda perlu tahu ialah pilihan kewangan anda. Jika anda baru saja memulakan kerja dan tidak mempunyai rekod kredit, minta seseorang (selalunya ibu bapa) untuk menjadi penjamin anda dan meningkatkan pendirian kredit anda dan membolehkan anda untuk mendapat kewangan yang lebih murah untuk kereta anda.

Cara-cara untuk mendapatkan Pinjaman Kereta 

Secara asasnya, terdapat 2 cara untuk anda mendapatkan pinjaman kereta, daripada bank atau dari pengedar kereta.
Pinjaman dari Pengedar Kereta 
Setiap pengeluar kereta lazimnya mempunyai panel bank mereka sendiri untuk kemudahan pembeli-pembeli kereta. Jika anda berpuas hati dengan kadar faedah yang diberi, silakan. Tapi, lebih baik kalau anda membuat kaji selidik terdahulu. Jika anda mendapati bahawa kadar pinjaman yang dberikan adalah lebih tinggi daripada bank-bank lain, kan lebih menjimatkan jika anda mengambil pinjaman berasingan? Tapi, kalau bank itu memberikan anda promosi kadar pinjaman yang rendah, katakan saja “ya” dan segera beli kereta anda!
Contohnya: Panel Kewangan Perodua termasuk Affin Bank, Alliance Bank, AMBank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, CIMB Bank, Hong Leong, Public Bank, RHB Bank, Maybank Auto Finance, Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd.
Pinjaman Pra-Lulus dari Bank
Bergantung kepada skor kredit anda, bank akan membuat penilaian kewangan anda dengan cara yang berbeza. Jangan terkejut, sesetengah bank akan memberi anda kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan bank lain! Jadi cara terbaik ialah untuk pergi ke sekurang-kurangnya ke tiga buah bank dan cuba untuk mendapat pinjaman pra-lulus daripada setiap bank. Apabila sudah beres, bandingkan semua pinjaman tersebut dan lihat yang manakah paling sesuai dengan anda.
Contohnya: Katakan anda sedang mencari sebuah kereta Proton, kadar faedah tetap daripada pengedar Proton yang bersatu dengan Maybank bermula dari 2.80% ke 3.55% setahun, tetapi pinjaman kereta daripada Maybank sendiri bermula dari 2.92% hingga 3.20% setahun.
Anda kena ingat, matlamat penjual kereta tentulah untuk melariskan kereta mereka. Kadang-kala, sesetengah pembeli akan termakan ayat-ayat manis dan mungkin membeli kereta yang melangkaui kemampuan mereka. Tapi jika anda membuat pinjaman pra-lulus daripada pihak bank, anda akan tahu jumlah wang pinjaman yang mampu anda belanjakan untuk kereta anda!

Cukai Jalan 

Selain daripada pembayaran bulanan kereta anda, pemilik kereta (ini maksudnya, ANDA!) juga perlu mengorek poket anda untuk kos cukai jalanan tahunan. Kos cukai jalanan anda bergantung kepada beberapa faktor:
  • Jenis Milik Kenderaan 
  • Jenis Kenderaan
  • Kapasiti Enjin 
  • Lokasi Geografi (Semenanjung, Sabah, Sarawak) 
Anda boleh menggunakan Kalkulator Cukai Jalan Malaysia JimatCermat.my untuk melihat anggaran kos cukai jalan tahunan anda.

Insurans Kereta

Serupa dengan Cukai Jalan, insurans kereta anda juga perlu diperbaharui setiap tahun. Terdapat 3 jenis insurans kereta yang utama:

Jenis-jenis Insurans Kereta

  • Insurans Parti Ketiga - Polisi ini melindung anda dari tuntutan yang dilakukan keatas orang lain (dikenali sebagai parti ketiga) apabila mereka terdapat kecederaan badan, kematian dan juga kehilangan atau kerosakan harta parti ketiga yang diakibatkan oleh anda.
  • Insurans Parti Ketiga, Kebakaran, Kecurian - Poisi ini merangkumi tuntutan parti ketiga terhadap kecederaan badan, kematian, kerosakan dan kehilangan dan juga tuntutan terhadap kehilangan, kerosakan yang diakibatkan oleh kebakaran tak disengajakan keatas kereta anda sendiri. Perlindungan ini adalah sama dengan Insurans Parti Ketiga dengan tambahan perlindungan keatas kecurian dan kerosakan atas kenderaan anda sendiri.
  • Insurans Komprehensif – Polisi ini menawarkan perlndungan yang terluas dan ianya adalah polisi yang paling laris di Malaysia. Dengan polisi ini, kecederaan badan, kematian, kehilangan dan kerosakan kenderaan parti ketiga dan juga kenderaan anda sendiri dilindungi.

Berapakah Premium Saya? (Kos Insurans)

Insurans kereta bukan murah, jadi, anda patut embuat kajian yang sepatutnya dan elakkan daripada membayar lebih dari apa yang patut. Buat kiraan anda sendiri dengan menggunakan  Kalkulator Insurans Kereta kami! Atau untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh JimatCermat untuk insurans kereta anda, bacalah artikel  Panduan Insurans Kereta kami.

Ekonomi Minyak (Kos Petrol)

Kebanyakan orang akan pertimbangkan harga kereta, cukai jalan dan kos insurans sebelum membeli kereta tetapi menghiraukan penggunaan petrol. Ataupun, sesetengah orang mempunyai kepercayaan umum tentang sesebuah pengeluar kereta dan penggunaan minyak mereka (contohnya; semua model Mazda menggunakan minyak yang banyak). Ya, penggunaan minyak tidak boleh dielakkan tidak kira jenis kereta yang anda pandu, tetapi anda sebenarnya boleh membuat pengiraan kasar ke atas berapa perbelanjaan petrol anda!
Sebagai peraturan asas, apabila dikira sebagai km / L; anda mahukan nombor yang lebih tinggi dan apabila dikira sebagai L / 100km anda mahukan nombor yang lebih rendah.

Contoh Pengiraan Fuel Economy :

Jom kita gunakan Perodua Myvi sebagai contoh.
Kereta : Myvi 1.3 Auto
Penggunaan Minyak : 17.5km / L (penggabungan)
Petrol : RON ’95 (RM1.90 / L)
Nota: Walaupun nombor ‘fuel economy gabungan’ tak selalunya tepat, untuk kemudahan pengiraan kami tetap mengambil nombor ini kerana kebanyakan pemandu di Malaysia menggunakan kedua-dua lebuh raya dan jalan biasa dalam pemanduan seharian mereka.
Bagaimana anda membuat pengiraan kos petrol? Mari kita membuat andaian bahawa anda akan memandu 20,000km setahun.
Berdasarkan lingkungan 20,000km setahun ;
penggunan minyak anda akan menjadi 20,000 / 17.5 = 1,142.85 liter
Kos Petrol Setahun:
1,142.85 liter x RM1.90 (harga seliter)
RM2,171.41 setahun (lebih kurang RM180 sebulan)  
Jadi jika anda sudah pun ada kereta idaman yang anda sudah fikirkan, dapatkan spesifikasi penggunaan minyak daripada pengedar kereta dan masukkan kos petrol ke dalam pertimbangan anda!

Jimat Cermat untuk Kos Petrol!

Pengiraan diatas tidak merangkumi cara pemanduan anda (kelajuan, pecutan dll). Jika anda seorang pemandu yang laju, kos petrol anda sudah tentu akan meningkat! Untuk tips bagaimana anda boleh berJimat dengan kos petrol, baca artikel “Jimat Wang anda untuk Kos Petrol sehingga 30%” kami!

Penyenggaraan dan Servis

Lagi satu kos yang sering dipandang remeh oleh kebanyakan orang apabila membuat pengiraan ialah kos servis dan penyenggaraan. Untuk pembeli kereta pertama kali (seperti anda): Jika anda sudah mempunyai kereta yang anda mahukan, ketahui tempoh jaminan kereta tersebut. Seterusnya, hubungi pusat servis dan semak harga pakej serivs dan penyenggaraan untuk dimasukkan kedalam bajet anda!
Kebanyakan orang fikirkan kereta buatan Malaysia adalah lebih murah untuk disenggara berbanding dengan kereta impot. Walaupun faktor ini hampir tepat, ia juga bergantung kepada harga kereta tersebut dan jumlah bengkel / pusat servis kereta yang boleh didapati. ia lebih kena mengena pada harga kereta tersebut dan jumlah pusat servis daripada kebolehpercayaan. Tentunya, kereta import mewah seperti Mercedes, BMW dan Audi akan memerlukan kos yang lebih tinggi.
Pasukan kami telah pun membuat pengiraan kasar diantara pengeluar kereta yang besar dan telah pun menghasilkan suatu perkara utama untuk kos servis kereta anda (dengan anggaran dua kali setahun):
Harga Kereta < RM50,000 ≈ 0.8% ke 1% daripada kos kereta anda
Jika kereta anda berharga kurang daripada RM50,000, bersedialah untuk membayar 0.8% hinga 1% daripada harga kereta anda untuk servis dan penyenggaraan dalam setahun.
Harga Kereta > RM50,000 ≈ 0.6% daripada kos kereta anda 
Jika kos kereta anda melebihi RM50,000, bersedialah untuk membayar 0.6% (paling kurang) daripada harga kereta anda untuk servis dan penyenggaraan dalam setahun.

Kos Susut Nilai Kereta 

Susut Nilai secara mudahnya ialah perbezaan diantara jumlah yang anda belanjakan semasa membeli kereta dan jumlah yang anda boleh dapat kembali apabila anda mahu menukar atau menjual kenderaan tersebut.

Kenapa saya perlu pertimbangkan Kos Susut Nilai? 

Kerana nilai sesebuah kenderaan (kecuali jika anda memliki Porsche klasik) akan menurun setiap tahun. Agak mustahil untuk mengetahui nilai sebenar kereta anda dalam jangka masa 3,5, atau 10 tahun. Tetapi, anda boleh membuat anggaran kerugian sebanyak 15% daripada nilai kereta anda setiap tahun.

Contoh Kos Susut Nilai 

Ahmad membeli Perodua Myvi SE 1.3 Auto nya pada Julai 2008.
Kereta : Myvi SE 1.3 Auto
Tahun Pengeluaran : 2008
Harga Tahun 2008 ≈ RM51,812.00
Sebuah Myvi terpakai dengan spesifiasi sama dengan diatas, hanya bernilai RM34,980.00 (jarak : 45,000km) pada Julai 2012. Jadi jika Ahmad mahu menjual keretanya, kos susut nilainya adalah (RM51,812.00 – RM34,980.00) / 4 tahun = RM4,208.00 setahun 

Tip untuk Mengurangkan Kos Susut Nilai Kereta Anda

Memang mustahil untuk menjual semula kereta anda pada harga original (harga elak daripada kos kereta anda. Tapi anda boleh cuba untuk mengurangkan kos susut nilai kereta anda dengan tip dibawah:
  • Beli kereta dengan warna luaran yang neutral seperti hitam, putih dan perak. Warna sebegini mungkin akan masih popular pada masa akan datang dan seterusnya akan dijual dengan nilai lebih tinggi.
  • Belilah sebuah kereta yang selesa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti kuncian sentral dan ciri-ciri berguna seperti sistem GPS, MP3 Player, dll. Ciri-ciri berguna seperti ini akan meningkatkan nilai jualan semula.
  • Pilih kereta yang tidak makan minyak. Hampir semua orang takutkan kenaikan harga minyak, jadi mereka akan mencari kereta yang menggunakan minyak dengan Jimat.
  • Jaga kereta anda supaya ia bersih dan diservis elok. Anda akan dapat nilai yang lebih tinggi jika kereta anda didalam keadaan yang baik.
  • Cuba untuk menjaga jarak panduan kereta anda serendah mungkin, ini juga akan meningkatkan nilai jualan semula kereta anda.
  • Letak kereta anda didalam garaj dan pertimbangkan untuk membeli penutup kereta untuk keselamatan. Kereta yang dijaga rapi akan dijual dengan nilai lebih tinggi.

Berapakah Kos Kereta Anda Sebenarnya?

Dengan semua kos ini diambil kira, berapakan sebenarnya jumlah yang anda perlu ada untuk membeli dan menjaga sebuah kereta? Seperti tadi, mari kita mengambil Perodua Myvi sebagai contoh:
Kereta : Myvi 1.3 Auto
Harga Kereta (Julai 2012) : RM49,912.15
Pembiayaan Pinjaman 
Panel Bank : Maybank
Kadar Faedah : 2.92% setahun
Bayaran Pendahuluan 10% daripada jumlah harga kereta = dibundarkan kepada RM5,000.00Jumlah Pinjaman = RM44,912.15
Tempoh Pembayaran Pinjaman : 60 Bulan (5 tahun)
Ansuran Bulanan = RM857.82
Jumlah Kos Faedah: RM6,557.17Jumlah Kos Pembelian Kenderaan: RM56,469.32
Cukai Jalan (bayaran tahunan)
Kawasan : Peninsular
Harga : RM70.00 / setahun
Kos sepanjang 5 tahun: RM350
Insurans Kenderaan (bayaran tahunan)
Anggaran Jenis Kereta : Persendirian
Jenis Perlindungan : Komprehensif
Lokasi : Semenanjung
Tahun Pertama Diinsurankan : RM 40,000
Jumlah Premium ≈ RM1,261.35 pada tahun in first  yearTermasuk NCD dan perlindungan jumlah susut nilai, kos anggaran untuk 5 tahun ialah RM3,835.00.
Ekonomi Minyak (Kos Petrol Tahunan)
Setahun ≈ RM 2,171.41
Sepanjang 5 tahun ≈ RM 10,857.00  
Kos Servis (dua kali setahun) 
0.8% daripada RM49,912.15 ≈ RM400.00 (RM200.00 setiap servis)
Dalam 5 tahun ≈ RM2,000.00 
Susut Nilai Kenderaan
Pada 15% setahun dengan bak berkurangan, nilai anggaran jualan semula adalah lebih kurang RM20,000.

Jumlah Kos Pemilikan:

RM56,469.32 + RM350.00 + RM3835.00 + RM10,857.00 + RM2,000.00 – RM20,000 = RM53,511.32 dalam sepanjang 5 tahun
Jadi anda memerlukan sekurang-kurangnya RM10,702 setahun hanya untuk membeli dan memiliki sebuah kereta! Pengiraan dan nombor-nombor ini semestinya untuk contoh semata-mata, dan nombornya akan berlainan bergantung kepada model kereta dan penggunaan kereta tersebut.
Nah, itu dia! Masukkan semua kos-kos ini kedalam bajet anda semasa anda memilih untuk membeli kereta.

Kos-kos Lain

Dua lagi perkara yang anda patut pertimbangkan ialah kos tol dan parkir harian. Kami beranggapan kos tol dan parkir adalah berlainan dari kereta pilihan, jadi kami tidak memasukkan kos tersebut dalam pengira kami. Tapi, kos tol dan parkir adalah kos yang tidak perlu / berlainan apabila mengembara ke beberapa lokasi tertentu. Ha! Dan terdapat cara-cara yang anda boleh mendapatkan 20% rebat (dan barangan lain!) ketika anda mengembara. Ketahui bagaimana dengan klik disini dan disini!
Membeli Sebuah Kereta: Tip Tambahan
Apabila anda sedang berunding untuk harga yang terbaik untuk kereta anda, tip-tip ini mungkin membantu:

Dapatkan pinjaman pra-lulus sebelum anda ke pengedar kereta

Memohon untuk pinjaman pra-lulus tidaklah sesusah yang anda sangka! Anda boleh memohon untuk pinjaman pra-lulus ini melalui internet dan dapatkan kuota pinjaman kereta (jika bank tersebut mempunyai perkhidmatan sebegini.)
Cara terbaik ialah untuk mendapatkan beberapa pinjaman pra-lulus daripada bank-bank berlainan dan pilih pilih yang paling sesuai untuk anda(contohnya kadar faedah paling rendah untuk skor kredit anda). Jadi, jika anda sudahpun berada di pengedar kereta, bandingkan lagi dengan tawaran pengedar tersebut dengan tawaran terbaik dari bank tadi dan pilihan terkakhir sepatutnya pilihan yang terbaik untuk kereta anda. Atau anda juga boleh merunding untuk mendapat kadar faedah yang lebih rendah dengan pengedar tersebut.

Cuba Pandu Uji

Anda tidak akan membeli sepasang kasut tanpa mencubanya dahulu bukan? Sama juga apabila anda mahu membeli sebuah kereta! Anda perlu pastikan bahawa anda memilih kereta yang sesuai, dan selesa untuk penggunaan anda untuk mengelakkan kemenyesalan dan aduan selepas anda baru sahaja menggunakan kereta tersebut untuk dua minggu, Tak salah jika anda mahu pandu uji, bukan? Ianya percuma!

Ambil inisiatif dan cari promosi! 

Tanya pengedar jika mereka mempunyai promosi yang sedang berlangsung, contohnya seperti rebat tunai atau Kadar Peratusan Tahunan 0% (selalunya berlangsung pada musim perayaan dan hujung tahun). Beberapa pengedar mungkin tidak akan memberitahu anda terus, jadi beranikan diri anda untuk bertanya!
Promosi Rebat Wang Tunai : Rebat Tunai boleh digunakan untuk mengurangkan wang pendahuluan dan pada masa yang sama mengurangkan jumlah wang pinjaman atau membayar kos pendaftaran dan cukai.
Pembiayaan Rendah : Untuk beberapa kereta buatan tahun terdahulu yang masih ada dalam stok, pengedar mungkin akan menawarkan anda kadar pembiayaan yang rendah (kadang-kala lagi rendah dari pihak bank), jadi, carilah promosi sebegini untuk dapatkan kadar yang terbaik!

Cuba berunding untuk kadar lebih rendah

Kalau anda sudah pun mempunyai pinjaman pra-lulus daripada bank, anda boleh menggunakan kadar ini untuk berunding dengan pengedar untuk mendapat kadar yang lebih rendah. Jika anda gagal berbuat demikian, anda masih ada kadar yang terbaik daripada pihak bank. Jika anda tidak mendapat kelulusan pinjaman daripada mana-mana bank kerana keadaan kredit anda, anda mungkin perlu membuat tawaran dengan pengedar. Jika kes ini berlaku, kadar faedah anda mungkin lebih tinggi kerana anda dikira sebagai “risiko kredit”. Jadi, cuba berunding untuk kurangkan kadar faedah anda!

Berjaga-jaga tentang barangan “tambahan” 

Tint hitam tingkap, skirting dan stiker canggih untuk kereta baru anda? Sebelum anda berkata ya, fikirkanlah yang semakin banyak “tambahan” anda lakukan, semakin “Bertambah”lah kos anda. Jadi fikir betul-betul tentang membeli aksesori tambahan itu.
Jika anda mempunyai cukup wang untuk berbelanja, cuba untuk dapatkan harga yang bagus untuk pemanjangan tempoh jaminan anda. Untuk barangan seperti tinta tingkap dan sistem penggera, cuba untuk cari promosi berlainan (diluar pengedar, cuba bertanyakan kawan-kawan!). Untuk kebanyakan kereta baru, membuat kereta anda anti karat telah dimasukkan kedalam jaminan kilang, jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan berganda!

Jangan melepak sehingga anda mendapat kereta

Walaupun pengedar tampak ikhlas dan ramah, tujuan utama kerja mereka ialah untuk menjual kereta! Jadi perhatikan jika terdapa barangan tambahan yang ditawarkan walaupun selepas anda sudah menyelesaikan pembelian kereta dan pembiayaan kereta. Mereka mungkin tampak seperti mahu menolong anda, dan itu mungkinbenar tetapi ingatlah bahawa mereka juga sedang berusaha untuk mendapat komisen setinggi yang mungkin. Jadi beringatlah bahawa perjanjian tersebut tidak akan berakhir selagi anda tidak mendapat kereta anda.
credit :http://jimatcermat.my/

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More