Kenapa Mesti Tukar Timing Belt Pada Masanya?
Sebelum ini saya ada menulis artikel tentang Apa Itu Timing Belt Dan Timing Chain dan saya ada menyatakan yang banyak komponen akan rosak sekiranya timing belt putus. Jadi di sini saya akan terangkan serba ringkas.
Untuk lebih jelas, mari kita lihat dulu fungsi timing belt. Timing belt berfungsi untuk memutarkan camshaft yang berperanan untuk membuka dan menutup valve pada ruang pembakaran tepat pada waktunya piston naik dan turun.
Jika ada belajar tentang sifat enjin semasa di sekolah, kolej atau universiti, enjin kereta mempunyai 4 lejang.
Ada 2 jenis valve:
- Intake valve - valve untuk masukkan campuran minyak dan udara ke dalam ruang pembakaran
- Exhaust valve - valve untuk membuang sisa pembakaran.
Kedua valve tersebut digerakan oleh camshaft yang berputar, dan tugas timing belt untuk memutar camshaft tersebut.
Kebanyakan kereta sekiranya dalam keadaan idle atau tidak bergerak, meter RPM adalah 1 (yang kita biasa lihat). Sebenarnya, pada keadaan ini, kitaran enjin sudah cukup laju.
Mari kita buat sedikit kira-kira:
1 x 1000 RPM = 1000 Revolution Per Minute
* ia bermaksud enjin menghasilkan 1000 putaran lengkap dalam 1 minit (60 saat)
Berapa kali putaran untuk 1 saat?
1000 ÷ 60 = 16.67 putaran (anggarkan 16 putaran)
Sekarang ni cuba anda bayangkan 16 kali putaran lengkap dalam 1 saat. Mata kita pun tak boleh nampak kelajuan turun naik piston tu kan? Bagaimana kalau enjin tu sedang dalam kelajuan 3 RPM? Wow! Lajunya!
Jika anda lihat semula kitaran enjin di atas, anda akan nampak dalam 1 saat, sebenarnya intake valve dan exhaust valve telah terbuka dan tertutup sebanyak 8 kali setiap satu. Sangat laju bukan?
Jika timing belt putus semasa enjin dihidupkan, kitaran tersebut akan jadi tidak betul. Sepatutnya apabila intake valve terbuka, piston akan turun ke bawah untuk menyedut masuk campuran bahan api. Disebabkan timing belt putus, boleh jadi semasa intake valve terbuka, piston naik ke atas. Dan apabila ia berlanggar, sudah pasti valve dan piston tersebut boleh patah, retak atau hancur disebabkan kelajuan yang tingi.
Jika hal ini terjadi, enjin anda akan sepenuhnya TIDAK berfungsi. Jika enjin dipaksa untuk dihidupkan sekalipun, sudah pasti kerosakan pada piston dan valve menjadi semakin parah. Untuk memperbaikinya, enjin harus dileraikan (overhaul) untuk menukar piston dan valve.
Harganya pun confirm mahal. Apa lagi kalau kereta mewah
Jadi sebaiknya tukar timing belt pada waktunya sebelum terlambat.
credit:http://www.jagakereta.com/